Mrs.Mustache


Wednesday, 29 May 2013 | 0 comment(s)
Assalamualaikum and hai ppl :)X

                  (sorry sangat kalau gambar tu nampak kertelaluan hehe tu je yang aku jumpa lol)


masalah parut jerawat hehe bunyi macam *krik krik. Orang perempuan ambil kisah ke pasal semua ni. Sudah tentulah cik kak - cik kak sekalian.
  
Tak salah rasanya nak jaga muka kan.Masalah aku sekarang ialah parut jerawat hoho.Kenapa parut jerawat? ye lah kalau nak kata jerawat tu memang poyolah sapa yang tak naik jerawat bila dalam proses nak 'membesar' ni.

 Puncanya tak lain dan tak bukan mestilah tangan sendiri.Kalau tak kerana tangan yang gataldisokong oleh nafsu yang mendorong untuk memicit jerawat tu kurang lah sikit parut tu.Dah nasib kan bila dah jadi baru sibuk nak cari petua-petua.Mulalah tanya nenek,mak,ayah,datuk heee boleh kata sema yang senior-senior dari aku akan ditanya.Hasil tanyaan tu dapat lah tips-tips dibawah jom tengok kalau korang yang senasib dengan aku tu cuba je lah ...

 Tips yang pertama : Guna nasi sejuk atau pun nasi bubur
  - caranya agak mudah korang rendamkan nasi sejuk ataupun nasi bubur dalam air.Lepastu basuh muka dengan air rendaman tu dan biarkan kering dekat muka korang.Kemudian baru bilas

 Tips yang kedua  : Hampas teh uncang
   - Korang ambil uncang teh yang telah digunakan.Kang pergi ambil yang tak guna lagi pulak.Korang koyak dia punya uncang dan sapu hampas-hampas teh tu ke muka dan tunggu seketika kemudian bilas dengan air.Kesannya muka korang akan kemerah-merahan.Cubalah dulu ok

 Tips yang ketiga    : Air kelapa
    -  Senang ja.Korang rajin rajin lah minum air kelapa

  Tips yang keempat : Daun jambu batu
     - Yang ini memerlukan korang jadi cef sekejap.Amik daun jambu batu jadi tumbuk dalam lesung batu kalau malas sangat masukkan ja dalam mesin pengisar tu.Selapas itu korang campurkan dengan bedak sejuk kemudian sapu lah dekat muka.

   Tips yang kelima : Minum banyak air
      - Korang pun tahukan yang badan kita memerlukan banyak air.Kalau tak cukup tu jadilah macam-macam penyakit.

    Tips yang keenam : Rajin makan buah-buahan
       - Buah buahan ni sumber vitamin sebenarnya.Siapa yang tak suka buah kan.

     Tips yang ketujuh : Makan vitamin C
        - Yang ni tips moden sikit biasalah tanya orang moden mesti bagi jawapan yang moden jugak.Vitamin C bagus untuk kulit jadi rajin-rajin lah makan vitamin C ni.

 Setakat tu ja tips yang boleh diberi.Korang cuba-cubalah ok....kalau jadi tu syukurlah...kalau tak jadi tu bersabarlah . 
      
Thanks reading this entry







Older Post . Newer Post